Waktu : lpas 10 mnit azan asar, xingat kol brp

selepas shj azan asar dilaungkn, aku menadah tgn membaca doa
usai saja doa dibcakan, aku tidak terus ambil wudhu' dan menunaikn kewajipan
aku meneruskan pembacaan, nota2 penting kucatatkn dlm bku
sambil tlinga berulang kali mendengar alunan 'doa dhuha' dr kumpulan nasyid UNIC
lagu seterusnya adalah "menanti di barzakh' dr kumpulan nasyid Far Eat
terkesima sekejap pd lirik ini

          Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
          Diperhitung amalan
          Penentu syurga atau sebaliknya

sempat lagi didlm hati terdetik "aku ni calon syurga atau neraka"...
ya Allah, aku byk melakukan dosa
lalu kaki melangkah utk mengambil wudhu'

tiba2...
rumah terasa digoncang dan kaki terasa cam berjoget bila berdri
lantai lak mcm berjln2...sekali
bila da statik smula aku teruskn niat tp rumah bergoncang kali kedua
berkerut jap
gempa bumi kah?
kucapai tuala, aku tutupi kepala dan menjenguk keluar tingkap
arghh...mungkin hanya imaginasiku
kanak2 riang ria bermain bola

kali ketiga gegaran...
kanak2 pndang atas, aku pandang bwah
ada sorg adik tu mengira bilangan tingkat rumah
dan adik tu menjerit...."tingkat enam turunlah"
aik......

gerigi gate rumah mula kdengaran
jiran2 juga keluar rumah beramai2...
aku?
aku nk wat pe nih?
gabra sekejap...
rumah nk runtuhkah?
lagu "Menanti di barzakh" ckup meruntun hati aku
terasa saat kematian hampir tiba
aku takut...

lantas aku memakai pakaian yg menutup aurat
mencari tudung yg tlah tersedia bergosok
aku berlari keluar rumah (xingat da kunci umah ke lom msa nih sbb smua org pn cam gabra trun tangga)
saat kematian itu sudah hampir pd akukah?

tiba2 aku berjln perlahan
tringat xsolat asar lg
lari masuk umah balik..
amek wudhu' mcm kartun
solat mcm ayam patuk jagung
doa xsempat pulak
pastinya solatku xkhusyuk

keluar rumah, kunci pintu
terus trun tangga perlahan2...mcm xde pape berlaku
walhal msa tu aku ingat rumah da nk roboh dan ajalku hampir tiba
terlalu tinggi kan imaginasi aku

setibanya aku di kawasan lapang
ramai org sudah berkumpul
rmai yg memandang ke atas smbil bercerita itu dan ini
ye...gegaran itu rsa sgt kuat
alhamdulillah aku sudah berada di kawasan selamat
bersama handfon dan kad pengenalan...sempat pulak amek kad pengenalan kan
entah bila aku capai dompet pn aku xingat

msa tu fikiran aku sgt buntu
xtaw ape yg perlu dilakukan...hanya "lailahaillallah" byk kali dlm hati
sbb jantung rsa nk tercabut...berdegup kencang smpai tlinga pon bole dengar
hatiku berkata2..."andainya aku mati, biarlah mati dlm iman"
kulihat pakaianku...ok tdung da ckup, pakaian menutup aurat...
tapi....lupe pakai stoking kaki, rsa xsempurna auratku ditutup..
hati rsa jengkel...

berusaha utk cari kawasan yg tiada lelaki agar tidak terlihat aurat kakiku
ok...aku duduk dihujung2...
diam seribu batu
hanya ingat mati...teringat lagu "Menanti di barzakh"
lantas aku berdoa...doa adalah mengikut rentak "Doa dhuha"
semoga Allah berikan aku dan yg lain2 perlindungan
itulah doa yg slalu kuamalkan
ya...sesungguhnya aku hanya berlindung pada Allah
kerna perlindungan ini adalah perlinddunganNya

kemudian, aku terfkir mengenai wasiat
byk lagi hutang PTPTN yg aku xbyr...
siap taip smua wasiat kt henfon (bila bca balik, rsa sgt kelakar)

stelah hampir sejam mnunggu
ramai beransur naik ke rumah masing2
aku?
aku pandang kanan kiri
tiada lg org disampingku
ini mesti gara2 menulis wasiat yg panjang lebar
siap nota minta maaf kpada smua org

setibanya aku dirumah...
aku cepat2 berlari menunaikan solat asar semula
sbb solat asarku td mcm ayam patuk jagung kaaan

bila semua kembali tenang...
aku siapkn brg2 yg perlu utk kecemasan gegaran
ape r?
henfon saja yg aku tahu
owh...kelengkapan mnutup aurat...hahahah
takut aku kalo mati dlm keadaan yg mengaibkan...
nauzubillahiminzalik...

aku buka internet dan bertanya pakcik google
"gempa bumi" and click pd "past hour"
ye.....rupanya ada gempa bumi di pantai barat sumatera utara (8.5 skala ritcher)
huhuuuu

Ya Allah, kau ampunilah dosa2ku, dosa2 ibu bapaku, adik bradikku, kawan2ku, kaum kerabatku serta kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat baik yg masih hidup atau yg tlah meninggal dunia.





0 comments:

Post a Comment