Seminggu yg lalu...

Waa...da sampai rumah. Rindu bau persekitaran rumah yg penuh dgn tumbuh-tumbuhan hijau. Segar rsanya udara persekitaran. Dan semestinya teramat rindu buat family tercinta. Disambut girang oleh ibuku, ayahku, kakak2ku, adik2ku dan ank2 sdaraku. Terharu la plak. Smua pn menyambut kepulangnku.

Setiap pagi adalah pagi yg terindah. Pagi2 ku diceriakan dgn decipan burung pipit yg menyanyi keriangn pd bunga2 yg berkembang mekar. Tidak dilupakan juga kebecokan burung murai yg bersinggahan di atas pokok2 pisang. Ahh...indahnya pagi2 ku disini. Sesekali berterbangn burung sepasang burung enggang hitam di waktu petang, membuat hati tertanya2 "tersesatkah burung di bwh perlindungn ini?". Oh ya, tidak dilupakan angsa2 yg membiak dgn jayanya. Angsa peliharaan ayah, tp emak yg membelanya. Eheheh.

Xtaula ini fakta atau bukan. Yg pastinya org2 kampung bgtau yg angsa ni akan berbunyi bila terdapatnya org2 yg x dikenali menghampiri rumah kita. Ternyata telahan org kampung tu ada benarnya. Bila sy mendekat, si angsa yg pnah nmpak sy xberbunyi sdgkan ank2 angsa yg blom pnah nmpak kelibat sy pula yg membisingkan dri mereka.

Bila ptg mula menggantikan tengahari yg panas, terdengarlah teriakan kanak2 termasuk juga ank2 sdaraku yg mula bermain2 di halaman rumah. Main belon acah atau nama lainnya galah panjang. Ini adalah permainan di zaman kecilku dulu. Memori silam mula menggamit diminda. Senyum sendirian dibuatnya. Gembira melihat kanak2 berlarian sambil berkejar-kejaran.

Hari ini...

Hari ini...sesampainya di kampus, hati sedikit berat. Mahu pulang ke kampung rsanya. Tapi dgn tekad dan azam, kukuatkn juga semangat. Terkenang ibu dan ayah, kakak dan adik, serta ank2 sdaraku. Paling mengharukan bila terkenangkan masakan ibu yg pnuh dgn kasih syg. Sanggup masakkn rendang daging utk bekalan hari ini. Maklumlah, ank yg seorg ini tidak pulg ke kampung halaman pd Hari Raya Haji yg lpas. Sungguh2 terharu yg teramat sgt.

Haish....sudah2. Kalo byk yg dfkirkan, byk pula air mata yg bercucuran mengenangkan smua itu.

Dlm hati ini ku berdoa... "Ya Allah, terima kasih atas segalanya...."

0 comments:

Post a Comment