Hurm...ni baru je lpas light trail photography kat tangga besar kat main entrance tu. Saya g ngn Taro. Huh... da lma xkuar2 amik gambar since my camera is sick. Now, Mr. Camera quiet okey but the new problem now is...it produce so much noise. Aiseh...sbr kn je la.

Huawaa...sy mengidamkn camera spt ini...xpe2 sbr ye. Lpas keje nnt...ok.


Kwn saya bersungguh2 utk mendptkn pic yg terbaik. Sy pon trut sma bersemangat. Haaa...cpat2 ada byk kreta nk lalu...hehehe...


Balik dr amek2 photo tu, sy singgah sbentar di depan ofis...tgk kucing yg dikurung sape ntah. Ya Allah, kesian sgt tgk kucing ni. Xberbekalkn makanan dan minuman. Sapela yg sanggup kurung kucing tp xnk bg mkn n minum. Saya tgk kucing 2 cam "meow3" tp xde suara yg kluar. May b dia lapar n haus. Sy n Taro bg air n keropok. Dia minum tp mkn sikit je. May b xlalu or dia da kenyang sbb sblom g light trail photography td, Taro da bg dia mkn keropok.


Apa dosa kucing kucing ni? Knp dia dikurung tanpa mknan?


Meow...meow...meow...sdih dgr suara dia...xkuar pn suara dia


Kucing ini cam sejuk je...isk3...sape yg xberperikemanusiaan mengurung kucing ni ha?


Menghidu2 mencari makanan...

Jangan lakukan 19 perkara : (Hayati betul2 perkara ke 18..ok)

1. Jangan sengaja lewatkan solat, perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah dan sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan dan kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau HAIWAN kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

0 comments:

Post a Comment