I sprained my ankle today... benda ni terjadi siang td msa nk g lunch. Ouch!....

Xsakit pon memula tu....tp yg peliknya tetiba rsa nk pitam, peluh seluruh badan, kegelapan mula mengelabui mata. Apakah ini? Nampak meja berdekatan yg kosong... sy meluru ke arah meja itu dan merehatkan diri sebentar.

Bila da okey, baru beratur n mkn. Sgala2nya okey2 sahaja slepas itu.

Krriiiiinggggg!!!! Jam tangan menunjukkan pkul 6.00pm. Waah msa utk balik, tp kna solat dlu la kan. Lewat solat Asar kali ni memandangkan surau yg sentiasa penuh. Lain kali, sebagai peringatan, msuk je waktu bersolat, terus g solat ye....

Weeyh...msa solat, kaki xleh nk wat duduk antara dua sujud n tahiyyat. Sakit sgt2, tp tahankan je. Kaki mula membengkak. Xtau nk ngadu kat sape. Senyapkan je la.

Balik UIA, trus minta pertolongn kwn utk hantar ke klinik, tmpt yg agak kubenci. Sy x suke jumpe doktor, ok. Doktor bg 2 options, sama ada nk bandage or g sepital. Org penakut cam sy ni, of course la plih bandage je kan. Aleh2, kna enjet lak kaaan. Sabar ken je la. Tp, yg bestnya dpt MC tuuu. Yeah....esok xkije.

-----------------------------------------------------------------------

Note : Sy ada terbca kt tenet... knp agaknya sy rsa nk pitam lpas terseliuh/terpelecok tu. Yg ni pn doktor sendri xde gtau sbb tau. Ikut suke hati sy je utk berkata2 kan. Ha...actually, sy terkejut yg amat sgt msa terseliuh tu. Owh...bru sy taw, kalo terkejut pn sebnanya kita leh pitam. Padanla.... So, lpas ni sesape yg rsa nk pitam slpas terseliuh/terpelecok, jgn risau (kot2 la risau ada penyakit berbahaya smpai nk pitam kaaan) sbb itu hanya perkara biasa yg terjadi pd seseorg yg terkejut sgt2...ok!!!

Sakit itu kifarah dosa....

Kalo sakit hati kifarah dosa x? Jawabla sendri ye...

0 comments:

Post a Comment