Huhu~
Mlm td lenaku diganggu nyamuk2 yg jahat. Dek krn tdak tertahan dgn kegatalan hasil gigitan nyamuk itu, sy bangun dan mencari2 nyamuk2 jahat tu. Nampak seekor sdg melekatkn diri di dinding. Scara snyap2, sy memukul nyamuk itu sampai mati. Terperciklah darah dr makhluk Allah yg kecil itu. Sy pn sambung lena lg.

Tdak berapa lama kmudian, kalo xsilap dlm kol 3.05am, nyamuk2 itu menjadikn sy sbg mangsa ut
k skali lg. Skali lg sy bangun dan mencari2 nyamuk2 itu, malangnya, tidak terlihat walau seekor pn berterbangan. Sy menggaru2 kaki dan tangan sy yg digigit nyamuk2 jahat itu. Lebih dr 12 gigitan. Hish...xleh jd nih. Sy bgn dan mencapai losyen tangan. Sy sapukn losyen ke tgn dan kaki. Bau losyen yg wangi ini bole menghindarkan nyamuk utk mendekati kita. Xcaya cubalah.

Sy menyambung kembali tidur sy yg terganggu. Tp, tdur sy terganggu lg dek nyamuk2 yg jahat itu. Mereka mula menggigit muka sy. Habis pipi, hidung dan dahi sy menjadi sasaran mereka. Hish...geramnya... Xdpt kaki dan tangan, muka pula yg menjadi mangsa. Sbarkan je la. Last2, sy ambil selimut dan menutup muka dan kembali tidur walaupn agak sukar utk melelapkn mata.

Pagi ini, sy bangun dengan bintat2 gigitan nyamuk di muka, tangan dan kaki. Isk3...nyamuk mmg jahatzzz. Huhu~, dpt bilik bwh tanah ni mmg diuji dgn gigitan nyamuk. Teringat plak msa dok kat tingkat 4 n 5, nyamuk xgigit pn. May b sbb dia xleh terbang tgi kot. Huhuhu~...

Tapi, kita kna ingat, sekecil2 makhluk bernama nyamuk inilah yg Allah turunkn utk menghapuskn Namruz...

Cerita pasal Namruz dan tentera Nyamuk :

Namrud mempunyai tentera sebanyak 700,000 penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Dia dengan megah dan sombongnya berkata kepada nabi Ibrahim : “Hai Ibrahim, jika tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup (kuat) rampaslah kerajaanku ini”

Nabi Ibrahimpun bermunajat kepada Allah dan berkata : “Ya Illahi, sesungguhnya Namrud dan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimlah kepada mereka selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk”

Ketika tentera Namrud berkumpul di padang yang luas, Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk berkata : “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan ?” Allah SWT berfirman : “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud”

Allah telah memberi kekuatan kepada nyamuk, lalu ia menyerang dan menghisap darah-darah mereka. Allah memerintahkan menunda penyiksaan ke atas Namrud supaya ia dapat melihat kemusnahan tenteranya oleh tentera Allah. Maka nyamuk-nyamuk itu membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istananya.

Nabi Ibrahim AS merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman : “Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagunganKu, sekiranya engkau tidak meminta kepadaKu mengutus tentera nyamuk, tentu Aku akan mengirim yang lebih halus daripada nyamuk, jika 1000 jumlahnya berkumpul menjadi satu, tidak mencapai sebesar nyamuk, tentu aku musnahkan juga mereka itu dengannya”

Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyiksa Namrud. Nyamuk tersebut telah mengelilingi sepohon pokok selama 3 hari dan setelah itu diapun masuk ke dalam kepala Namrud melalui hidungnya lalu memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namrud pun mati kerana seekor nyamuk, betapa hebatnya tentera ALLAH.......


0 comments:

Post a Comment