Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan itu sepertinya tidak kedengaran seperti zaman kanak2 dahulu, sungguh tidak meresap ke dalam jiwa. Dulunya laungan itu terlalu bersungguh2 dan penuh dengan genggaman semangat. Adakah saya sudah tidak sepatriotik dulu? Saya tertanya2 di dlm hati "adakah aku cintakan negara ini"....eh of courselah. Di sinilah tempat saya dilahirkan dan dibesarkan. May be, saya sudah lama tidak menghayati sejarah. Almaklumlah, msa klas sejarah dulu pn, badan kat kelas tp dlm kepala ni sibuk dgn hal2 lain. Terasa rugi la pulak (guilty*).

Google pn patriotik tau. Tgk huruf 'o' yg kedua tu, dia wat cam bendera Malaysia. bkn mcm lg la tp ye...bendera Malaysia. Tp, apakah bentuk itu? Gasingkah?


Terasa byk lg yg perlu dilakukan utk mempelajari erti sebuah kemerdekaan. Skop ini terlalu besar dan berat membeban di bahu dan sanubari. Bkn citer pasal kemerdekaan negara sahaja tau. tp kemerdekaan hakiki dimana jiwa kita juga rasa merdeka. Bukan rasa gelisah dan gundah gulana. Semakin dlm saya memikirkan ini semua, semakin bykla yg perlu (ye amat perlu) utk sy mempelajari semua ini. Tp, sy tidak perlu tergesa2 dlm mempelajarinya kerana penghayatan kpd sebaris ayat memberikan makna yg ckup besar berbanding beribu ayat tanpa sebuah penghayatan.

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini dlm menghayati sebuah penghayatan dalam erti kemerdekaan.

0 comments:

Post a Comment